Tujuh maut dalam kemalangan di Afghanistan

KABUL: Tujuh penumpang maut sementara 70 yang lain cedera apabila dua buah bas penumpang bertembung di luar Kabul pada malam Isnin.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tareq Arian berkata, ketika kejadian salah sebuah bas dalam perjalanan menuju ke Kabul-Kandahar bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan di daerah Arghandi di luar bandar Kabul pada lewat Isnin.

Ini adalah kemalangan maut kedua di negara itu sejak Khamis lalu.

Pada hari Khamis, sejumlah 15 pelancong kehilangan nyawa dan lapan yang lain cedera ketika sebuah bas mini bertembung dengan sebuah trak yang datang dari arah bertentangan di wilayah Zabul selatan.

Jalan raya yang sesak, insiden keselamatan dan memandu secara sembrono sering menyebabkan kemalangan maut di negara yang bergolak itu. – AFP

The post Tujuh maut dalam kemalangan di Afghanistan appeared first on Utusan Digital.