Mayat bapa diikat di bumbung kereta

AGRA (India): Seorang lelaki mengikat mayat bapanya di bumbung kereta untuk dibawa ke pusat pembakaran mayat di Mokshadham setelah gagal mendapatkan ambulans.

Selepas beberapa jam melakukan ritual terakhir ke atas mayat bapanya itu, lelaki tersebut kecewa kerana ambulans yang dipanggil tak kunjung tiba lalu nekad mengikat mayat bapanya di bumbung kereta.

Adegan yang mengejutkan itu itu menyebabkan banyak orang di pusat pembakaran itu menitiskan air mata.

Agra telah bergelut dengan lonjakan kes Covid-19 dan kemudahan untuk rawatan yang lemah.

Bandar ini telah melaporkan lebih dari 600 kes setiap hari. Dalam sembilan hari terakhir, 35 orang telah mati kerana Covid-19, kata sumber.

Di tengah kekurangan ambulans, orang ramai terpaksa menunggu hampir enam jam untuk membawa mayat mangsa Covid-19 ke tempat pembakaran.

Hospital swasta di Agra tidak menerima pesakit dan daerah berdekatan – Mainpuri, Firozabad dan Mathura – menghantar pesakit kritikal ke bandar.

Mainpuri melaporkan 369 kes baru dalam sehari diikuti oleh Etah (237), Mathura (190), Firozabad (80) dan Kasganj (42), menurut data.

Lapan orang mati di daerah Mainpuri diikuti oleh Etah (tujuh), Agra (5), Mathura (empat), Firozabad (dua) dalam satu hari.

Aktivis sosial Yogesh Malhotra memberitahu India Today bahawa jumlah kes dan kematian terus meningkat di Agra.

Presiden Parti Samajwadi (SP) bagi daerah itu, Ramgopal Baghel menyalahkan kerajaan negeri dan Pusat atas keadaan itu.

“Kita semua dapat melihat bahawa BJP telah sepenuhnya gagal menangani wabak ini.

“Kegagalan parti itu akan terungkap kali ini. Kekurangan kemudahan perubatan penting untuk pesakit seperti oksigen, tempat tidur dan ubat dapat dilihat dengan jelas.

“BJP menyesatkan orang dengan membuat janji palsu,” katanya kepada India Today.

The post Mayat bapa diikat di bumbung kereta appeared first on Utusan Digital.