Kerajaan Sarawak beri bantuan Aidilfitri, Gawai bernilai RM500

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai Tahun 2021 sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Menurut satu kenyataan dari Pejabat Ketua Menteri, bantuan itu akan dibayar pada bulan Mei iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Gawai.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai perkhidmatan awam negeri Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Kerajaan juga berharap dengan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai Tahun 2021 dapat meringankan beban kewangan bagi para pegawai perkhidmatan awam,” katanya di sini tadi. -K! ONLINE

The post Kerajaan Sarawak beri bantuan Aidilfitri, Gawai bernilai RM500 appeared first on Kosmo Digital.