Tujuh lagi sekolah ditutup dua hari di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Tujuh lagi sekolah di negeri ini diarah tutup ekoran terdapat kes positif Covid-19 dikesan di sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, sekolah yang tidak didedahkan nama itu ditutup selama dua hari bermula hari ini.

Katanya, pertambahan tujuh buah sekolah itu menjadikan jumlah terkini sekolah yang ditutup ketika ini adalah sebanyak 27 buah.

“Pelajar di sekolah yang terlibat akan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, 20 buah sekolah di bahagian pulau dan Seberang Perai diarahkan tutup selama dua hari bermula semalam selepas kes positif Covid-19 dikesan. – K! ONLINE

The post Tujuh lagi sekolah ditutup dua hari di Pulau Pinang appeared first on Kosmo Digital.