Putera William cari calon pegawai komunikasi

LONDON: Putera William dan isterinya, Kate Middleton akan melantik pegawai komunikasi kanan baharu seperti disiarkan dalam laman web Diraja.

Lapor Daily Mail, pegawai yang dilantik akan ditempatkan di Istana Kensington dan menguruskan pelan komunikasi bagi kedua-dua pasangan diraja Duke dan Duchess of Cambridge.

Berdasarkan iklan yang disiarkan dalam Linkedin, pasangan diraja itu mencari calon yang boleh menguruskan maklumat sensitif dengan bijaksana dan berbudi bahasa setiap waktu.

Calon yang berjaya juga perlu memberikan maklum balas kepada pertanyaan media mengenai keluarga diraja Cambridge termasuk merancang pelan komunikasi semasa lawatan ke luar negara.

Iklan kerja itu tidak menyatakan tawaran gaji secara terperinci sebaliknya hanya memerlukan calon yang mempunyai kemahiran interpersonal serta boleh bekerja secara proaktif dan fleksibel dengan jadual kerja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post Putera William cari calon pegawai komunikasi appeared first on Utusan Digital.