Penunjuk perasaan jalani latihan tentang junta tentera

YANGON: Kira-kira 120 belia Myanmar mendapatkan latihan ketenteraan daripada sejumlah pejuang etnik di kawasan sempadan Thailand-Myanmar dan tujuannya adalah menentang junta tentera.

Kumpulan yang dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Bersatu itu terdiri daripada penunjuk perasaan yang terlibat dalam beberapa siri demonstrasi menentang tentera Myanmar yang melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Pengasas kumpulan itu, Mon Mon berkata, mereka akan menjalani latihan ketenteraan selama tiga bulan dan mempunyai satu matlamat iaitu melakukan revolusi.

“Kebanyakan ahli kumpulan kami berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an dan kebanyakannya merupakan generasi Z serta pelajar.

“Kumpulan kami turut disertai 250 orang lagi dengan 20 daripadanya merupakan wanita,” katanya.

Selain itu, Mon Mon mendakwa orgnisasi itu mempunyai kira-kira 1,000 keahlian di seluruh Myanmar.

Sementara itu, tentera Myanmar tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. – REUTERS

The post Penunjuk perasaan jalani latihan tentang junta tentera appeared first on Utusan Digital.