2,733 kes positif, 2,019 kes sembuh, 13 kematian, 11 kluster

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan jumlah kes positif baharu Covid-19 melebihi 2,000 kes iaitu 2,733 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 2,019 kes.

Sebanyak 13 kematian dan 11 kluster direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 25,414 kes berbanding semalam, 24,713 kes manakala kelmarin, 23,753 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 294 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 138 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus kekal merekodkan kes positif tertinggi iaitu 750 kes diikuti Kelantan, 484 kes; Sarawak, 432 kes; Kuala Lumpur, 377 kes; Johor, 220 kes dan Pulau Pinang, 115 kes.

“Sabah, 82 kes; Terengganu, 61 kes; Kedah, 51 kes; Negeri Sembilan, 39 kes; Perak, 38 kes; Pahang, 35 kes; Melaka, 33 kes dan Putrajaya, 15 kes.

“Hanya Perlis merekodkan satu kes manakala Labuan, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

The post 2,733 kes positif, 2,019 kes sembuh, 13 kematian, 11 kluster appeared first on Utusan Digital.