Perintah berkurung di Pulau Pinang

Pada 26 April 1969, perintah berkurung masih dikuatkuasakan di lapan kawasan Pulau Pinang walaupun keadaan di negeri itu sudah pulih seperti biasa dan semuanya dalam keadaan terkawal.

Perintah berkurung itu dikenakan ekoran pembunuhan seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Perak yang disyaki didalangi oleh komunis.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 26 April 1971
    Peraturan Pertahanan Luar lima kuasa melibatkan Malaysia, Singapura, Britain, Australia dan New Zealand ditandatangani di London.
  • 26 April 1972
    Keretapi Tanah Melayu akan memulakan perkhidmatan kereta api antara Kuala Lumpur – Bangsar dengan tambang 10 sen satu perjalanan.
  • 26 April 1979
    Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah diisytiharkan oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-7.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd.. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel infocenter@mediamulia.com.my

The post Perintah berkurung di Pulau Pinang appeared first on Utusan Digital.