Kursus penanaman cendawan tiram ditunda

PETALING JAYA: Kursus asas penanaman dan penjagaan cendawan tiram kelabu anjuran Yayasan Makmur Mersing yang sepatutnya berlangsung di Endau, Mersing pada hari ini ditunda pada tarikh lain bakal diberitahu kelak.

Yayasan itu dalam kenyataan memaklumkan penangguhan dibuat di atas keselamatan.

“Kursus asas penanaman dan penjagaan cendawan tiram kelabu di Endau ditunda kepada satu tarikh lain,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, kursus itu adalah di bawah program Rezeki Gobok adalah satu program berbentuk kursus jangka pendek yang diberikan secara percuma kepada masyarakat sekitar Mersing dengan hasrat memupuk minat ke arah keusahawanan.

Bagi siri permulaan ini, ia bermula dengan bidang pertanian dan akan dijadikan program bulanan.

Ia merupakan inisiatif Ikatan Anak Mersing dengan kerjasama Yayasan Makmur Mersing dan Pusat Khidmat DUN Tenggaroh, Pertubuhan Peladang Kawasan Mersing dan rakan media rasmi FB Anak Mersing.

Sehubungan itu, bagi sesiapa berminat boleh menghubungi urusetia menerusi talian 0146473937 untuk penyertaan. – UTUSAN 

The post Kursus penanaman cendawan tiram ditunda appeared first on Utusan Digital.