GP Monaco ujian pertama kehadiran penonton

MILAN: Bilangan penonton yang terhad mungkin akan dibenarkan untuk hadir menyaksikan Grand Prix (GP) Monaco pada 23 Mei ini selepas perkara itu dijelaskan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Formula Satu (F1), Stefano Domenicali.

Begitupun, bagi pelumbaan di Portugal hujung minggu ini dan di Sepanyol pada 9 Mei masih tidak dibenarkan kemasukan penonton.

“Kami sedang memantau situasi setiap hari, yang berubah setiap jam.

“Pada perlumbaan seterusnya di GP Portugal dan Sepanyol, kami belum membuka pintu tapi Monaco akan menjadi perlumbaan pertama kehadiran penonton dalam jumlah terhad.

“Ia memberi kami sedikit harapan untuk masa akan datang kerana jika situasi ini bertambah baik penonton dibenarkan datang secara berperingkat,” kata Domenicali.

Ketika saingan pembukaan di GP Bahrain Mac lalu, beberapa penonton yang sudah menerima vaksin atau sembuh dari Covid-19 berpeluang menyaksikan kemenangan Lewis Hamilton di perlumbaan itu. – AFP

The post GP Monaco ujian pertama kehadiran penonton appeared first on Utusan Digital.