Lelaki maut motosikal rempuh lori rosak

ALOR GAJAH – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangi merempuh bahagian belakang sebuah lori rosak yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Najib Che’mat, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan ritendan Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian, sebuah lori jenis Hino yang membawa muatan barangan logam dari arah Alor Gajah ke Melaka dikatakan telah mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan.

“Mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 yang kemudian menuju ke lokasi bagaimanapun dipercayai tidak menyedari lori tersebut berada dalam keadaan pegun lalu merempuh bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang bekerja sendiri mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut di lokasi mendapati jalan digunakan mempunyai dua lorong dan merupakan kawasan mendaki bukit..

“Ketika kejadian cuaca bagaimana baik dan tidak hujan. Siasatan masih diteruskan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -K! ONLINE

The post Lelaki maut motosikal rempuh lori rosak appeared first on Kosmo Digital.