Polis mohon bantuan cari K. Vengadesan

JOHOR BAHRU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan K. Vengadesan, 30, yang dipercayai hilang sejak beberapa hari lalu.

IPD JBS dalam satu kenyataan memberitahu, alamat terakhir orang hilang itu adalah di Nombor 26, Jalan Sri Pelangi 1, Taman Pelangi, Johor Bahru, Johor.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh menghubungi Ketua Polis Balai Taman Pelangi, Asisten Superintenden Mat Nawi Ab. Rahman atau Sarjan Ngadi Kamdani di talian 07-335 7322.

“Mereka juga boleh menghubungi talian hotline IPD JBS di talian 07-218 2323 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di talian 07-221 2999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan polis amat diperlukan,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

The post Polis mohon bantuan cari K. Vengadesan appeared first on Utusan Digital.