KOTA BHARU – Kelantan FC membuktikan pasukan itu merupakan jaguh di negeri Che Siti Wan Kembang apabila berjaya menewaskan Kelantan United FC (KUFC) dengan jaringan 2-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Kelantan FC terlebih dahulu memperoleh jaringan pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Jack Hindle pada minit ke-15.

Sepakan itu dihadiahkan oleh pengadil, Abdul Rahman Wahab apabila pemain KUFC, Mohamad Qayyum Marjoni Sabil membentes Muhammad Haziq Mohd. Subri dalam kotak penalti.

Lima minit berselang, skuad The Red Warriors (TRW) terlepas peluang untuk mengegar jaringan apabila sepakan percuma Natanael Ringo tersasar dari pintu gol lawan meskipun penjaga gawang, Mohamad Fikri Che Soh sudah tertewas.

Tersentak dengan jaringan pertama, KUFC bangkit menerusi tandukan penyerang import, Gassama Alfusainey pada minit ke-38.

Menuju minit-minit akhir babak pertama, KUFC terus kecewa untuk mengikat kedudukan apabila sepakan percuma Mohamad Qayyum tinggi melewati gawang gol Kelantan FC.

Kelantan FC dirundung malang apabila Hindle yang diperintahkan keluar padang pada minit minit ke-63 selepas menerima dua kad kuning selepas melakukan kekasaran terhadap Shuhei Fukai.

Meskipun beraksi dengan 10 pemain, Kelantan FC berjaya memperoleh gol kedua yang dihasilkan oleh pemain gantian, Nurshamil Abd Ghani pada masa tambahan babak kedua untuk membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut. – K! ONLINE

The post appeared first on Kosmo Digital.