Kamal serabai pun Uqasha puji kacak!

Minggu lalu, ramai terkejut apabila Kamal Adli mendedahkan dia selesai menjalani tempoh kuarantin dan pulih daripada dijangkiti Covid-19.

Ramai yang tidak tahu tentang perkara tersebut kerana Kamal langsung tidak berkongsi mengenainya kepada umum.

Pendedahan berkenaan menjawab persoalan mengapa dia tidak aktif dalam media sosial selama sebulan.

Cuma apa yang mengejutkan ialah penampilan terbaharu Kamal yang kelihatan semakin kurus dan serabai.

Di sebalik lambakan komen yang memberi kata-kata semangat terhadapnya dalam Instagram, terselit kata-kata manis daripada kekasih hati aktor itu, Uqasha Senrose.

Pelakon cantik itu memuji Kamal semakin kacak dan kurus.

“Semakin kurus dan handsome dia,” tulisnya.

Manis bersemut sangat! Ringkas tetapi dapat dibayangkan betapa berbunga-bunganya hati Kamal ketika itu.

Diva doakan Kamal sudah pulih seperti sediakala dan cepat-cepatlah kongsi tarikh hari bahagia ya.

DIVA: Puji sikap artis yang menghargai kerja wartawan. Tetapi ada juga yang berperangai kekwat, ucap terima kasih pun susah!

The post Kamal serabai pun Uqasha puji kacak! appeared first on Kosmo Digital.