Auckland dikenakan perintah berkurung lagi

WELLINGTON, NEW ZEALAND – Kerajaan melaksanakan perintah berkurung Tahap Tiga selama seminggu di Auckland ekoran terdapat satu kes Covid-19 dikesan di bandar tersebut, lapor akhbar Daily Star.

Perintah berkurung tersebut bakal menyaksikan 1.7 juta penduduk Auckland dilarang melakukan sebarang aktiviti luar kecuali membeli barangan keperluan harian dan bekerja.

Sekolah dan perniagaan bukan keperluan akan ditutup, serta pergerakan masuk dan keluar bandar berkenaan akan disekat.

Arden berkata, perintah berkurung dilaksanakan itu berpunca daripada satu kes tempatan, yang mana ia tidak dapat dikaitkan dengan kes positif lain sejak dua minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, sebuah sekolah di Auckland Selatan mempunyai kaitan dengan kes-kes berkenaan.

Kes terbaharu melibatkan seorang lelaki, 20, yang mengunjungi pusat perubatan untuk menjalani ujian Covid-19 Jumaat lalu sebelum dia pergi ke gim.

“Mereka yang perlu menjalani isolasi tidak mematuhinya. Malangnya, masih ada yang melanggar peraturan,” katanya. – Agensi

The post Auckland dikenakan perintah berkurung lagi appeared first on Kosmo Digital.