YWP bantu pelajar Wilayah Persekutuan

PETALING JAYA – Sebanyak RM3 juta dibelanjakan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bagi membantu pelajar sekolah daripada 336 buah sekolah di Wilayah Persekutuan menerusi program Riang Ria Kembali ke Sekolah (RRKS).

YWP melalui satu kenyataannya berkata, antara sumbangan yang bakal diperolehi oleh pelajar terlibat adalah baucar pembelian buku sekolah, beg sekolah, losyen sanitasi tangan serta pelitup muka.

“Seramai 31,838 pelajar tahun satu sehingga tingkatan lima daripada 336 buah sekolah di seluruh Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bakal mendapat bantuan ini.

“Ini merupakan program tahunan YWP di mana sebelum ini turut dikenali sebagai Program Ceria Ke Sekolah dan juga Back to School,” jelas kenyataan tersebut hari ini. – K! ONLINE.

The post YWP bantu pelajar Wilayah Persekutuan appeared first on Kosmo Digital.