Seri pengantin baharu Hannah Delisha

PETALING JAYA – “Berseri-seri muka pengantin baharu.”

Itu antara pujian yang ditinggalkan peminat menerusi hantaran terkini pelakon cantik manis, Hannah Delisha dalam Instagramnya semalam.

Menerusi perkongsian tersebut Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch memuat naik sekeping gambar swafoto yang manis tanpa mengenakan secalit solekan.

Gambar berkenaan merupakan perkongsian terkini pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu selepas dia mengejutkan peminat apabila mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu.

“Dah lama tak kongsi gambar swafoto,” tulis Hannah Delisha pada ruangan kapsyen gambar yang dikongsi.

GAMBAR swafoto yang dimuat naik Hannah Delisha tanpa secalit solekan.

Rata-rata komen peminat mengagumi kecantikan semula jadi pelakon kelahiran Singapura itu ditambah pula dengan seri pengantin baharu.

“Tiada solekan pun Hannah tetap nampak cantik,” puji seorang peminat.

Terdahulu, Hannah Delisha, 25, membuat kejutan apabila menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, Imam Shah.

Perkahwinannya diadakan secara rahsia tanpa pengetahuan pihak media dan peminat. Hannah hanya berkongsi gambar sekitar majlis pernikahannya dengan Imam yang juga merupakan seorang pelakon di Singapura menerusi Instagram.

The post Seri pengantin baharu Hannah Delisha appeared first on Kosmo Digital.