Dipenjara kerana gagal pulangkan wang tersalah pindah

JAKARTA: PT Bank Central Asia sekali lagi menjelaskan isu tersalah melakukan transaksi pemindahan tunai sebanyak 51 juta rupiah (RM14,411) BCA Citraland kepada penjual kereta dari Surabaya, Ardi Pratama.

Lapor Kompas.com, Ardi menggunakan wang tersebut untuk tujuan membeli belah yang menyebabkannya ditahan.

Pada mulanya, Ardi menyangka wang itu adalah komisen hasil jualan keretanya.

Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat BCA, Hera F Haryn menjelaskan, Ardi sudah menerima dua surat peringatan sejak Mac tahun lalu mengenai terdapat wang yang tersalah pindah ke dalam akaunnya.

“Bagaimanapun, dia hanya menunjukkan usaha mengembalikan wang itu pada Oktober tahun lalu, sedangkan proses perundangan bagi kes itu sudah bermula sejak Ogos tahun lalu,” katanya.

Menurut Hera, pelanggan mesti memulangkan semula wang yang tersalah pindah berdasarkan Artikel 85 Undang-Undang Nombor 3, 2011.

Sekiranya wang tersebut tidak dipulangkan, pelanggan itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda 5 bilion rupiah (RM1.4 juta).

Sementara itu, peguam Ardi, R Hendrix Kurniawan menerangkan kejadian itu berlaku pertama kali pada 17 Mac tahun lalu.

“Dia adalah seorang penjual kereta kerana semasa dia menyemak akaun tiada identiti pengirim. Akhirnya wang itu digunakan bagi tujuan beli belah dan membayar hutang,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post Dipenjara kerana gagal pulangkan wang tersalah pindah appeared first on Utusan Digital.