Akaun Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’

SeLEPAS dihiburkan dengan akaun Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, muncul pula kumpulan baharu iaitu Riak Apa Hari Ini yang menggeletek hati pengguna Facebook.

Antara kandungan dan foto yang terdapat dalam kumpulan tersebut ialah kerenah orang yang suka menayang kemewahan seperti barangan kemas dan kediaman mewah. Semuanya pelik, sama ada benar-benar atau sarkastik, pengisiannya sungguh kelakar.

Menariknya, seorang pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun turut menegur agar akaun ditutup kerana dianggap tidak elok dari sisi agama.

The post Akaun Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’ appeared first on Kosmo Digital.