5,411 keping papan lapis dari Denmark dirampas 

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas sebanyak 5,411 keping papan lapis dari Denmark semasa pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam. 

Operasi kira-kira pukul 2 petang itu membabitkan rampasan dua kontena mengandungi papan jenis ‘white oak’ yang cuba diseludup masuk ke negara ini. 

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, pihaknya menahan kontena membawa muatan kayu itu selepas didapati diimport tanpa mematuhi syarat permit impot yang sah dikeluarkan pihaknya. 

“Kira-kira 61 tan kayu tersebut membabitkan nilai sebanyak RM251,845.23 disita bagi siasatan lanjut,” katanya dalam  kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN ONLINE 

The post 5,411 keping papan lapis dari Denmark dirampas  appeared first on Utusan Digital.