Reds bersedih atas kamatian bapa Alisson

LONDON: Liverpool turut bersedih atas kematian bapa penjaga gol utama mereka, Alisson, Jose Agostinho Becker di Brazil.

Jose, 57, dipercayai lemas di empangan berhampiran rumah percutiannya di bandar Rincao do Inferno, selatan Brazil kelmarin.

“Liverpool FC bersedih atas kematian bapa Alisson Becker, Jose, di Brazil pada Rabu.

“Ingatan kami bersama Alisson dan keluarga Becker pada saat sedih dan sukar ini,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Daily Mail yang memetik jurucakap polis Lavras do Sul, Doroteo Machado Filh melaporkan, ketika kejadian, Jose sedang berenang di empangan sebelum disedari hilang kira-kira pukul 5 petang.

Mayat Jose ditemukan pada pukul 11.59 malam oleh rakan dan pekerjanya.

Becker yang merupakan ejen hartanah dilaporkan tinggal bersama isterinya Magali di kediaman tersebut. – AGENSI

The post Reds bersedih atas kamatian bapa Alisson appeared first on Utusan Digital.