PDRM umum pertukaran pegawai kanan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia mengumumkan pertukaran jawatan membabitkan seorang pegawai kanannya berkuat kuasa pada 1 Mac ini.

Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Superintenden Skandaguru Anandan berkata, pertukaran tersebut membabitkan Senior Asisten Komisioner (SAC) M. V Sri Kumar M. Nair.

“Beliau yang kini bertugas di Bahagian Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman akan bertukar sebagai SAC Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Putrajaya.

“Pertukaran tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

The post PDRM umum pertukaran pegawai kanan appeared first on Kosmo Digital.