MRCB rugi bersih RM176.14 juta 2020

PETALING JAYA: Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) mencatatkan kerugian bersih RM176.14 juta untuk tahun kewangan 2020 disebabkan kehilangan RM175.3 juta akibat projek-projek yang menerima impak pandemik Covid-19.

Menurut syarikat itu, tanpa kerugian tersebut, mereka boleh mencatat keuntungan RM22.4 juta pada 2020.

Walau bagaimanapun, untuk suku keempat, MRCB mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, iaitu RM26.90 juta berbanding RM6.03 juta pada suku keempat 2019.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, sejak permulaan semula aktiviti pembinaan diganggu pelbagai perintah kawalan pergerakan (PKP), mereka terus dapat melihat peningkatan dalam kebolehuntungannya.

“Ini mencerminkan kemampuan kumpulan untuk mengenal pasti lebih banyak hasil ketika kemajuan pembinaan memperoleh momentum, meskipun pada kelajuan yang kurang berbanding tahap sebelum pandemik.

“Ini dilihat pada prestasi yang lebih kukuh pada separuh kedua 2020 yang memberikan hasil sebanyak RM606.5 juta dan keuntungan sebelum cukai (PBT)sebanyak RM42.2 juta berbanding hasil RM592.9 juta dan PAT termasuk kehilangan sebanyak RM7.3 juta pada separuh pertama,” katanya dalam kenyataan semalam. – UTUSAN

The post MRCB rugi bersih RM176.14 juta 2020 appeared first on Utusan Digital.