Aisha Everglow nafi jadi pembuli

ANGGOTA kumpulan Everglow, Aisha menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dan berita palsu yang mendakwanya sebagai pelaku keganasan sewaktu zaman persekolahan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan agensi naungannya, Yeehua Entertainment, tuduhan yang dilemparkan tersebut adalah palsu dan bertujuan menjatuhkan imej artis naungan mereka

“Kami telah berbincang dengan Aisha dan dia mengesahkan bahawa tuduhan itu palsu.

“Dia bahkan tidak tahu siapa yang menulis dan menyebarkan berita itu.

“Kami mohon mana-mana individu tidak bertanggungjawab yang sengaja membuat tuduhan sedemikian agar segera berhenti menyebarkan kerja terkutuk tersebut.

“Sekiranya berterusan, kami akan berkeras mempertahankan hak artis bawah naungan kami,” tulis agensi tersebut.

Terdahulu, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai rakan sekelas Aisha mengakui pernah menjadi mangsa buli dan dipukul penyanyi itu.

The post Aisha Everglow nafi jadi pembuli appeared first on Kosmo Digital.