Enam maut lombong runtuh di Sulawesi

JAKARTA: Pasukan penyelamat berusaha mencari dan menyelamat seorang lagi pelombong yang hilang selepas sebuah lombong haram runtuh sehingga mengorbankan enam orang.

Satu kejadian tanah runtuh yang berlaku semalam menyebabkan lombong yang terletak di daerah Parigi Moutong di Sulawesi tertimbus, menyaksikan lima wanita dan seorang lelaki terkorban.

Insiden itu juga mengakibatkan 16 pelombong terselamat manakala seorang lagi hilang.

Pada tahun lalu, 11 pelombong terbunuh di Sumatera apabila tanah runtuh yang diakibatkan hujan lebat menimbus sebuah lombong dan sembilan lagi maut akaibat insiden sama di lombong berlainan.

Pada 2019, sekurang-kurangnya 16 orang maut apabila sebuah lombong di Sumatera Utara runtuh. – AFP

 

The post Enam maut lombong runtuh di Sulawesi appeared first on Utusan Digital.