863,449 juta pendaftaran diterima di MySejahtera

PUTRAJAYA – Pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 24 jam sejak ia dibuka secara rasmi semalam.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, sebanyak 863,449 jumlah pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 diterima di aplikasi MySejahtera, setakat pukul 5 petang tadi.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, seramai 505,565 individu sudah mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera, setakat pukul 4.30 petang.

Pendaftaran vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Kesihatan Putrajaya, petang semalam.

Beliau sebelum itu menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer sekali gus menjadi individu pertama menerima vaksin itu di negara ini.

Setakat ini, aplikasi MySejahtera mempunyai hampir 21 juta pengguna aktif.- K! ONLINE

The post 863,449 juta pendaftaran diterima di MySejahtera appeared first on Kosmo Digital.