3,752 kes sembuh, 1,924 kes positif, 12 kematian

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 3,752 kes sembuh sekali gus mengatasi 1,924 kes positif dengan 12 kematian.

Bagi kes aktif pula, yang mengalami penurunan kes sejak beberapa hari lalu , hari ini ia merekodkan sebanyak 28,837 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 205 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor masih mengekalkan negeri tertinggi kes positif apabila merekodkan sebanyak 666 kes diikuti Johor, 257 kes; Sarawak, 219 kes; Kuala Lumpur, 218 kes; Pulau Pinang, 162 kes dan Perak, 120 kes.

“Baki negeri lain merekodkan kes dua angka manakala Terengganu, enam kes; Labuan, empat kes; Putrajaya, dua kes dan Perlis, satu kes, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

The post 3,752 kes sembuh, 1,924 kes positif, 12 kematian appeared first on Utusan Digital.