Yadim mahu bantu kerajaan selamatkan golongan LGBT

PETALING JAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersedia menjadi agensi yang berperanan membantu usaha dakwah kerajaan bagi menyelamatkan golongan terjebak dalam kancah lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Yang DiPertuanya, Nasrudin Hassan berkata, mereka juga berharap menerusi peranan dimainkan itu dapat meluruskan pemikiran masyarakat agar tidak terpengaruh dengan agenda normalisasi aktiviti mungkar tersebut.

“Penularan budaya yang menyongsang fitrah dan normalisasi aktiviti LGBT dalam negara kita mutakhir ini kian membarah. Ia wajar ditangani dengan serius dan penuh hikmah.

“Fenomena ini turut mencemar budaya, meruntuh institusi kekeluargaan dan merosakkan nilai keperibadian individu, khasnya bagi mereka yang beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K!/ ONLINE

The post Yadim mahu bantu kerajaan selamatkan golongan LGBT appeared first on Kosmo Digital.