Rusia tahan hampir 3,500 penunjuk perasaan

MOSCOW: Hampir 3,500 penunjuk perasaan ditahan dalam beberapa protes yang menyokong pengkritik Kremlin, Alexei Navalny yang dipenjara di sini.

Pasukan polis dilaporkan bertempur dengan penunjuk perasaan ketika puluhan ribu penyokong Navalny memenuhi jalan-jalan utama di seluruh negara bermula semalam.

Sejumlah penunjuk perasaan turut cedera termasuk seorang wanita di Saint Petersburg yang dimasukkan ke hospital akibat kecederaan pada kepala.

Negara Barat mengkritik penahanan penunjuk perasaan sebagai satu ‘taktik keras’, selain Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell memaklumkan blok tersebut akan membincangkan ‘langkah seterusnya’ esok.

Semalam, ratusan penunjuk perasaan di luar penjara Matrosskaya Tishina melaungkan slogan ‘kebebasan’ dan meminta pihak berkuasa membebaskan Navalny, selepas hampir 20,000 orang berkumpul di ibu negara Russia bagi demonstrasi antikerajaan. – AFP

The post Rusia tahan hampir 3,500 penunjuk perasaan appeared first on Utusan Digital.