Perarakan bawa pedati Deva Murugan diluluskan MKN

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meluluskan acara perarakan pedati membawa Deva Murugan dari kuil di Jalan Bandar ke Batu Caves pada 27 Januari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pedati berkenaan kemudian akan dibawa pulang ke kuil di Jalan Bandar tersebut pada 29 Februari depan.

“Syaratnya pedati tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain.

“Seperti biasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan pantau pematuhan,” menurut ciapannya di laman Twitter semalam. – K! ONLINE

The post Perarakan bawa pedati Deva Murugan diluluskan MKN appeared first on Kosmo Digital.