MH370 terhempas di Teluk Siam?

LONDON: Pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang tanpa berita sejak Mac 2014 berkemungkinan ditembak jatuh oleh peluru berpandu, jet pejuang atau sistem senjata laser.

Teori itu disampaikan oleh seorang penulis buku, Florence de Changy menerusi karyanya yang berjudul ‘The Disappearing Act: The Impossible Case Of  MH370‘.

Jelas Florence yang juga merupakan wartawan penyiasatan, pesawat MH370 tidak membuat pusingan U seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sebaliknya, pesawat tersebut masih terbang dalam laluannya selama 80 minit sehingga pukul 2.40 pagi sebelum terhempas di Teluk Siam, berhampiran Vietnam.

Wanita itu juga mendakwa pesawat tersebut membawa sejumlah muatan haram dan anak kapal melakukan komunikasi dengan menara kawalan udara Vietnam sebelum terhempas.

“Menembak jatuh pesawat itu mungkin menjadi pilihan terakhir pihak berkaitan untuk menghentikan kesemua muatan haram itu jatuh ke tangan yang salah,” katanya.

The post MH370 terhempas di Teluk Siam? appeared first on Utusan Digital.