The Mall, Mid Valley Southkey ditutup sementara

PETALING JAYA – Pusat beli-belah, The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru ditutup sementara bermula hari ini berikutan terdapat kes berkaitan Covid-19 di premis itu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan pusat beli-belah terbabit, penutupan itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi di semua kawasan dalam premis terbabit.

Katanya, pemberitahuan mengenai pembukaan semula premis itu akan dibuat di saluran rasmi dalam masa terdekat.

“Kami ingin meyakinkan pelanggan, penyewa, dan pengunjung The Mall, Mid Valley Southkey bahawa kesihatan dan keselamatan mereka sangat penting.

“Kami juga akan menyalurkan sebarang informasi terkini dan kemas kini yang diperlukan kepada penyewa serta orang ramai,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pihaknya berharap dapat menyambut semua pelanggan dan penyewanya kembali ke The Mall, Mid Valley Southkey secepat mungkin.-K! ONLINE.

The post The Mall, Mid Valley Southkey ditutup sementara appeared first on Kosmo Digital.