Tangan penuh tatu, Jungkook dikecam

SEORANG daripada anggota kumpulan BTS, Jungkook baru-baru ini menerima kecaman hebat susulan pendedahan tentang tatu yang dicacah pada tangannya.

Memetik laporan Allkpop, Jungkook atau nama sebenarnya Jeon Jung-kook sebelum ini sering dilihat menyembunyikan bahagian pergelangan tangannya ketika membuat persembahan dengan mengenakan baju lengan panjang.

Namun perkara tersebut terbongkar apabila dia terpaksa mendedahkan sebahagian tangannya ketika melakukan aktiviti memasak dalam sebuah episod program Run BTS.

Semasa rakaman episod ke-125 yang disiarkan Selasa lalu, keenam-enam ahli BTS dicabar untuk membuktikan kebolehan memasak yang diadili oleh cef popular Korea Selatan iaitu Baek Jong-won.

Jungkook secara tidak langsung telah mencetuskan kekecohan apabila seluruh tangannya kelihatan bertatu.

Biarpun menerima kecaman hebat, namun ada juga segelintir peminat setia mereka menyatakan menyukai lukisan tatu tersebut.

Di Korea Selatan, mencacah tatu adalah satu larangan dan kebanyakan stesen televisyen akan mengarahkan selebriti yang mempunyai tatu agar menyorokkan daripada pandangan umum sebelum tampil dalam mana-mana persembahan.

The post Tangan penuh tatu, Jungkook dikecam appeared first on Kosmo Digital.