Tak kisah digelar Kardashian Kelantan

PETALING JAYA – Tidak mahu ambil pusing apabila keluarga­nya digelar ‘Kardashian Kelantan’ oleh segelintir pihak ko­nonnya terlalu banyak ‘drama’,
adik Neelofa, Athisha Khan me­ngatakan, dia tidak boleh me­ngawal apa yang orang ingin katakan.

Kata Athisha, 23, kalau terlalu fikirkan apa yang orang cakap tentang dirinya dan keluarga, dia akan hanya terlantar di bilik tidur tanpa melakukan apa-apa perkara yang berfaedah.

“Saya tak ambil peduli sangat. Saya tak rasa sesiapa pun antara kita mencuba untuk menjadi orang lain. Mungkin disebabkan banyak ‘drama’ yang telah berlaku.

“Saya tak pasti. Kalau bukan kami pun, sesiapa sahaja boleh diberi gelaran tersebut. Tapi kali ini, kami yang kena.

“Saya tak peduli apa orang cakap kerana kalau saya peduli, saya mungkin hanya akan terlantar di atas katil tak boleh berbuat apa-apa satu hari kena fikir pasal benda yang di luar kawalan saya.

Orang boleh cakap apa yang mereka nak,” kata Atisha menerusi video blognya di YouTube.

Keluarga besar Neelofa

Katanya lagi, dia kini sedang belajar cara untuk tidak mengendahkan kata-kata sedemikian, namun dia mengakui dirinya seorang yang susah untuk berbuat demikian.

Di sosial media, ramai yang mula menggelarkan keluarganya sebagai ‘Kardashian Kelantan’ disebabkan drama yang bertubi-tubi berlaku bukan hanya melibatkan Neelofa yang bergelar selebriti tetapi ahli keluarga lain termasuk ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed disebabkan isu ingin paten jenama Harimau Menangis.

Sebelum itu, hubungan Neelofa dengan PU Riz yang didakwa sudah mengikat tali pertunangan berantakan selepas adik-beradik wanita itu seperti memuat naik status memerli pendakwah bebas itu.

Kardashian merupakan keluarga elit di Hollywood yang bergelar jutawan dengan kehidupan mereka penuh glamor ­kerana mempunyai program ­realiti sendiri berjudul Keeping Up with the Kardashians.

The post Tak kisah digelar Kardashian Kelantan appeared first on Kosmo Digital.