Menteri Kesihatan puji komitmen petugas KKM berdepan Covid-19

JOHOR BAHRU – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memuji khidmat yang diberikan petugas barisan hadapan khususnya petugas kesihatan yang sedang berdepan secara langsung dengan pandemik Covid-19.

Menerusi satu kenyataan ringkas dimuatnaik di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau berkata, petugas kesihatan bertindak pantas dalam melaksanakan tugas mereka.

“Mereka sangat komited dan memberikan khidmat kepada rakyat dengan penuh kasih sayang dan tidak kenal erti putus asa. Mereka juga pantas dan terlatih untuk buat kerja yang terbaik.

“Terima kasih saya ucapkan. Pengorbanan anda semua amat besar sekali buat negara ini.” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Kesihatan Daerah Kulai, dekat sini hari ini.

Kunjungan selama lebih satu jam itu bagi membolehkan beliau melihat tahap kesiapsiagaan operasi petugas barisan hadapan KKM yang berkhidmat di pusat kesihatan berkenaan.

Selain petugas KKM, operasi di pusat kesihatan itu turut dibantu pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan lain yang terlibat dalam mengawal pandemik Covid-19 di negara ini.-K! ONLINE.

The post Menteri Kesihatan puji komitmen petugas KKM berdepan Covid-19 appeared first on Kosmo Digital.