Bukan buah naga tetapi buah kamalam

NEW DELHI – Pentadbiran ne­geri Gujarat di India menukar nama buah naga menjadi buah kamalam, dipercayai untuk menghapuskan sebarang kaitan dengan negara China.

Keputusan yang mendapat ejekan parti pembangkang itu dibuat Rabu lalu. Kerajaan berkata, pertukaran nama tersebut tidak bermotifkan politik.

Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani berkata, nama buah naga tidak sesuai dengan buah itu dan menukarnnya dengan perkataan sanskrit, kamalam.

“Bentuk buah itu seperti bu­nga teratai jadi kami memilih perkataan sanskrit iaitu kamalam yang bermaksud teratai,” kata­nya kepada media tempatan.

Teratai atau kamal dalam bahasa Hindi adalah simbol Parti Bharatiya Janata (BJP) yang diterajui Perdana Menteri India, Narendra Modi. Pertukaran nama itu berlaku beberapa bulan selepas Modi memuji para petani dalam satu program radio kerana menanam buah naga di rantau gersang, Kutch di Gujarat.

“Petani mendekati saya dan menyarankan menukar nama buah naga kepada kamalam, saya gembira pemimpin negeri mene­rima cadangan itu,” kata wakil rakyat BJP Kutch, Vinod Chavda.

Seorang pengusaha buah naga berkata, perubahan itu memanfaatkan petani kerana nama tersebut lebih bersifat buah tempatan. – Agensi

The post Bukan buah naga tetapi buah kamalam appeared first on Kosmo Digital.