Beli barang keperluan alasan utama cubaan rentas daerah

KANGAR: Rentas daerah kerana mahu membeli-belah barangan keperluan.

Demikian alasan utama yang diberikan oleh individu yang cuba untuk merentas daerah ketika ditahan di sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, sebanyak 20 kenderaan yang cuba berbuat demikian dengan alasan tidak munasabah itu telah diarah berpatah balik pada hari pertama pelaksanaan PKP semalam.

Katanya, orang ramai sebelum ini telah diingatkan untuk membeli barangan keperluan di kedai-kedai berhampiran dengan tidak melebihi radius 10 kilometer daripada kawasan tempat tinggal masing-masing.

“Pemantaun di sekatan jalan raya mendapati ada lagi kenderaan yang tidak membawa surat kebenaran dan memberi alasan untuk membeli-belah di daerah yang berbeza,” katanya selepas membuat pemantauan sekatan jalan raya (SJR) sempadan daerah di Kaki Bukit, Jalan Kem Tasoh hari ini.

Terdapat lima SJR sempadan daerah di negeri ini iaitu di Tambung Tulang, Padang Besar, Kaki Bukit dan Simpang 3, lampu isyarat Jejawi. – UTUSAN ONLINE

The post Beli barang keperluan alasan utama cubaan rentas daerah appeared first on Utusan Digital.