Arsenal bariskan skuad paling kuat

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta enggan mengambil mudah saingan Piala FA meski­pun The Gunners menjadikan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai keutamaan musim ini.

Arsenal akan berkunjung ke St. Mary malam ini bagi membuat perhitungan dengan ­Southampton dalam aksi pusi­ngan keempat dan mereka di­jangka berdepan aksi sukar.

Bagaimanapun, Arteta menegaskan, beliau sedia untuk menurunkan kesebelasan utama terkuat pada perlawanan itu dalam usaha mara ke pusingan seterusnya.

“Southampton bukanlah lawan yang mudah kerana mereka menampilkan aksi cukup baik musim, jadi saya sedia untuk turunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan tersebut.

“Saya akan buat penilaian terhadap semua pemain bagi melihat siapa yang cergas dan boleh beraksi,” katanya .

Tambah Arteta, mereka akan pastikan kemenangan menjadi milik Arsenal, lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan bakal bertemu semula tiga hari kemudian dalam saingan EPL. – AGENSI

The post Arsenal bariskan skuad paling kuat appeared first on Kosmo Digital.