Wawa Zainal, anak-anak negatif Covid-19

PETALING JAYA – Pelakon Wawa Zainal menarik nafas lega selepas dirinya bersama tiga orang anak disahkan negatif daripada wabak Covid-19.

Perkara berkenaan dikongsikan Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 29, menerusi satu hantaran dalam Instagramnya sebentar tadi dengan memuat naik keputusan ujian calitan Covid-19.

“Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih semua. Asbab doa-doa kalian, saya dan keluarga negatif Covid-19.

“Tapi kami sekeluarga akan tetap jalani kuarantin kendiri. Allah Maha Besar, syukur. Doakan kesembuhan Aeril,” tulisnya.

Semalam, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu memuat naik sebuah video menunjukkan tiga anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya, setahun sebulan melakukan ujian calitan Covid-19 di rumah.

Semalam Aeril mengesahkan dirinya positif dijangkiti wabak Covid-19 pada Rabu lalu bersama pengurusnya. – K! ONLINE

The post Wawa Zainal, anak-anak negatif Covid-19 appeared first on Kosmo Digital.