Set kole The Beatles berharga RM140,000

LONDON – Set kole edisi istimewa kumpulan The Beatles akan dijual bermula Selasa ini dengan harga awal sekitar £25,000 (RM138,188), lapor akhbar Daily Mail, hari ini.

Set kole itu menampilkan empat anggota asal The Beatles iaitu John Lennon, Sir Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Star memakai persalinan Sgt Pepper pada 1967.

Kole Ringo Star – Lion & Unicorn/BNPS
Kole Sir Paul McCartney – Lion & Unicorn/BNPS
Kole John Lennon – Lion & Unicorn/BNPS
Kole George Harrison- Lion & Unicorn/BNPS

Set ini dibuat kira-kira 20 tahun lalu oleh syarikat seramik terkenal, Royal Doulton dan sepatutnya dipasarkan secara besar-besaran.

Namun, rancangan itu tidak berjalan seperti yang dijangka dan hanya tinggal tiga set kole prototaip setinggi 12.7 sentimeter ini yang wujud sehingga sekarang.

Salah satu daripadanya akan dijual pada Selasa ini oleh pelelong yang berpangkalan di Florida, Lion & Unicorn bagi pihak seorang janda ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) kelahiran Britain.

Dua set lain dipercayai berada di American Toby Jug Museum di Chicago dan dalam koleksi peribadi seseorang. – Agensi

The post Set kole The Beatles berharga RM140,000 appeared first on Kosmo Digital.