KPM kaji perluas program TV Pendidikan

PETALING JAYA – Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang mengkaji kaedah memperluaskan saluran televisyen sebagai medium sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) berikutan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim berkata, ketika ini sudah ada program TV Pendidikan di saluran TV Okey, Astro dan NTV7 yang menyediakan program TV Pendidikan sehingga sembilan jam sehari.

“Kita sedang rancang supaya dapat tambah lagi waktu program, supaya lebih banyak diadakan siaran TV Pendidikan, supaya pembelajaran boleh sampai kepada murid-murid sekolah.

“Lebih 90 peratus isu rumah memiliki televisyen. Kita sedang lihat bagaimana menambah lagi masa pembelajaran dan program diadakan dengan berkesan,” katanya pada sidang akhbar secara dalam talian hari ini.

The post KPM kaji perluas program TV Pendidikan appeared first on Kosmo Digital.