Bekas pengarah didakwa keluarkan cek RM10 juta tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Semenyih Jaya Sdn. Bhd., Lau Kok Loon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap lapan tuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 melibatkan pengeluaran empat keping cek bernilai RM10 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung.

Tertuduh didakwa terhadap empat tuduhan menyalahgunakan harta syarikat iaitu dengan mengeluarkan duit berjumlah RM10 juta melalui empat keping cek milik Semenyih Jaya Sdn. Bhd. di atas namanya tanpa sebarang kelulusan mesyuarat agung.

Bagi kesalahan itu, Kok Loon didakwa mengikut Seksyen 132(2)(a) akta berkenaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun penjara atau denda RM30,000.

Tertuduh turut mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai pengarah syarikat bagi mendapatkan suatu manfaat bagi dirinya sendiri dengan mengeluarkan empat keping cek yang sama di atas namanya tanpa persetujuan atau ratifikasi daripada mesyuarat agung.

Dia didakwa mengikut Seksyen 132(2)(c) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa.

Hakim Siti Noraida Sulaiman membenarkan jaminan sebanyak RM30,000.00 terhadap Kok Loon dengan seorang penjamin dan passport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Hakim Siti Noraida Sulaiman membenarkan jaminan sebanyak RM30,000.00 terhadap Kok Loon dengan seorang penjamin dan passport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.-K! ONLINE

The post Bekas pengarah didakwa keluarkan cek RM10 juta tanpa kebenaran appeared first on Kosmo Digital.