3,631 kes, 18 kematian direkod

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,631 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 176,180 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,625 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 42,814 kes.
“Sebanyak 18 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 660 kes.

“Terdapat 2,554 kes sembuh turut dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 132,706 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 251 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 102 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

The post 3,631 kes, 18 kematian direkod appeared first on Kosmo Digital.