PKP di 6 negeri terawal dilanjut, tamat serentak dengan 6 negeri lain

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri terawal sejak 13 Januari lalu dan sepatutnya tamat pada 26 Januari ini, akan dilanjutkan lagi tempohnya.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua negeri terbabit akan terus dikenakan PKP selama sembilan hari lagi sehingga 4 Februari depan.

“Ini bagi menyeragamkan tarikh tamatnya serentak dengan enam negeri lain yang bakal dilaksanakan PKP bermula esok selama dua minggu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

PKP 2.0 diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lalu meliputi Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Bagaimanapun, Ismail pada 19 Januari lalu mengumumkan pelaksanaan PKP di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula 22 Januari ini. – UTUSAN ONLINE

The post PKP di 6 negeri terawal dilanjut, tamat serentak dengan 6 negeri lain appeared first on Utusan Digital.