Neelofa kembali pakai cincin risik?

PETALING JAYA – Selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menarik perhatian umum selepas kelihatan memakai sebentuk cincin di jari manis tangan kanannya hari ini.

Cincin berlian tersebut kelihatan tersarung di jari pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor,32, itu dalam video InstaStory yang dimuat naiknya hari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakainya itu merupakan cincin risik yang diberi oleh keluarga Harris Ismail atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz.

Dalam video berkenaan, bekas pengacara MeleTop itu turut mempromosikan perniagaannya, Markaz Tijari yang merupakan hasil usahasama bersama PU Riz.

Imej cincin di jarinya kelihatan lebih jelas dalam satu perkongsian video InstaStory ketika mempromosikan produk pakaian terbaharu milik ibunya, Datin Noor Kartini.

Imej cincin pada jarinya kelihatan lebih jelas dalam stau InstStorynya hari ini.

Sehingga kini, hubungan pasangan terkenal itu masih menjadi tanda tanya ramai selepas dikatakan dilanda badai sekitar akhir tahun lalu.

Bahkan, PU Riz juga masih belum membuka mulut bagi menjelaskan status terkini hubungannya bersama Neelofa.

Terdahulu, Neelofa menerusi satu kenyataan rasmi pada Disember lalu berkata, setiap hubungan ada cerita tersendiri dan tidak manis untuknya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga.

Dia juga memaklumkan keluarganya dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

Selepas majlis merisik pada tahun lalu, pasangan itu dikatakan bakal menamatkan zaman bujang dalam sebuah majlis yang dijangka diadakan Mac depan.

Kosmo! pada 26 Disember lalu melaporkan hubungan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot dan Haris berantakan selepas beberapa ahli keluarganya memuat naik status berbaur sindiran dalam Instagram. – K! ONLINE

The post Neelofa kembali pakai cincin risik? appeared first on Kosmo Digital.