Musang terperangkap dalam bilik mesyuarat

SEREMBAN: Seekor musang pandan jantan ditemukan di sebuah bilik mesyuarat di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Negeri Sembilan dekat sini hari ini. 

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan, Mohd. Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.08 minit pagi dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian. 

“Bomba menemui seekor musang di dalam bilik mesyuarat yang terdahulu ditemui oleh seorang pekerja pembersih bangunan. 

“Kami mengambil masa 15 minit  menangkap haiwan itu menggunakan peralatan khas penyelamatan. Haiwan itu seterusnya diserahkan kepada Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan susulan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. 

Menurutnya, musang pandan itu ditemukan ketika pekerja pembersihan wanita mahu membersihkan bilik mesyuarat.

“Haiwan itu dikatakan sedang mencari jalan keluar sebelum saksi tersebut terus menutup pintu dan menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya.- UTUSAN

 

The post Musang terperangkap dalam bilik mesyuarat appeared first on Utusan Digital.