Jumlah korban letupan gas di Madrid meningkat empat orang

MADRID: Jumlah korban akibat letupan gas di sebuah bangunan penempatan di sini meningkat kepada empat orang.

Menurut pihak berkuasa, mangsa keempat yang maut dalam insiden itu adalah seorang lelaki berusia 36 tahun, manakala 10 lagi cedera.

Lelaki itu dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi ini.

Bangunan itu dilaporkan musnah teruk dalam letupan berkenaan.

Gambar diambil di lokasi kejadian menunjukkan letupan itu turut meranapkan dinding bangunan penempatan berkenaan yang terletak dalam kawasan kejiranan La Latina, dengan serpihannya terpelanting jauh dan berselerakan.

Wakil kerajaan, Jose Manuel Franco, memberitahu stesen televisyen awam Sepanyol bahawa insiden terbabit berlaku ketika sekumpulan pekerja lelaki sedang membaiki ‘boiler’ di bangunan itu.

Kementerian Luar Bulgaria mengumumkan bahawa seorang lelaki Bulgaria berusia 47 tahun ialah antara mangsa yang maut. – AFP

The post Jumlah korban letupan gas di Madrid meningkat empat orang appeared first on Utusan Digital.