Intan, Harris memang sepadan – Netizen

Sejak Intan Ladyana dan Harris Alif mengesahkan mereka bercinta pada tahun lalu, pelbagai kata-kata kurang enak dilemparkan terhadap pasangan itu.

Ada yang kata Intan lebih suka pucuk muda berbanding lelaki seusia dengannya dan banyak lagi yang Mizz Lahar dengar.

Bagaimanapun, semua persepsi negatif tersebut bertukar sejak mereka mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang yang dijangka berlangsung pada 6 Februari depan.

Ramai juga netizen yang sudah memberi restu kepada hubungan pasangan itu lebih-lebih lagi selepas menonton sebuah video yang dimuat naik dalam saluran YouTube Harris baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Intan dan Harris bermain permainan soal jawab yang diberi nama The Wedding Shoe Game.

Tidak dinafikan Intan dan Harris memang sangat serasi dan comel apabila bersama. Tidak nampak seperti pasangan yang ada jurang usia 17 tahun pun.

Selepas video tersebut tular, netizen memuji Harris yang kelihatan sangat matang ketika bersama Intan.

“Tiba-tiba rasa suka melihat pasangan ini. Harris memang matang bila dengan Intan, tidak seperti lelaki berusia 21 tahun pun,” ciap seorang netizen.

“Suka betul lihat mereka berdua. Jarak usia bukan penghalanglah ya,” puji pula seorang netizen lain.

Suka melihat ramai yang memuji pasangan tersebut. Semoga urusan perkahwinan berjalan dengan lancar. Jika tidak dibenarkan buat majlis besar, nikah sahaja sudah cukup, lakukan yang wajib dulu ya.

MIZZ LAHAR: Kadang-kadang terfikir bilakah Ustaz Ebit Lew berasa letih dalam kehidupannya. Hampir setiap hari dia pergi membantu golongan yang susah, semoga Tuhan merahmati setiap usahanya.

The post Intan, Harris memang sepadan – Netizen appeared first on Kosmo Digital.