Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

HULU TERENGGANU: Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Getang di sini hari ini.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Zuraidi Mohd. Yusuf berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.37 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Katanya, bomba bersama kekuatan 23 anggota termasuk dari BBP Wakaf Tapai di Marang bergegas ke lokasi kejadian. 

“Setibanya di tempat kejadian didapati kediaman itu sudah 60 peratus terbakar. 

“Ketika kejadian terdapat beberapa penghuni kecuali tuan rumah Tuan Nor Azua Tuan Long, 32, dan kebakaran itu disedari jiran-jiran,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Menurut Zuraidi, operasi ditamatkan pukul 12.39 tengah hari dan jumlah serta punca  kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN

 

The post Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang appeared first on Utusan Digital.