Ebit Lew beli 100 tab untuk pelajar memerlukan

PETALING JAYA – Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew membeli 100 tab untuk diagihkan kepada mana-mana pelajar yang memerlukan.

Perkara itu dikongsikan Ebit Lew menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini,  yang mana beliau berharap dapat meringankan beban bagi pelajar-pelajar yang mengalami kesukaran untuk belajar secara online.

“Pohon doakan. Baru sahaja membeli 100 tab untuk dihadiahkan kepada pelajar yang memerlukan untuk kelas online.

“Siapa yang benar-benar perlu boleh hubungi 017-587 0294,” tulisnya hari ini. – K! ONLINE

The post Ebit Lew beli 100 tab untuk pelajar memerlukan appeared first on Kosmo Digital.